Want your
own Fotopage?






 
SHAFNIE PRODUCTION

By: muhammad shafie

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Sunday, 7-Oct-2007 15:39 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA

http://2.srv.fotopages.com/2/[img]16132903/KAD-PENGKAD PENGGANTI
ASSALAMMUALAIKUM MEMBER2 DI FP.

DI KESEMPATAN INI BRO INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA RODONG2 YANG BERGIAT AKTIF MAHUPUN BARU MENGENALI FP INI.

SEMOGA PERSAHABATAN KITA BERKEKALAN HINGGA AKHIRNYA.

INSYAALLAH

LAYANNNN...... [img]

Selamat hari laya ........................
OOOOOOooo selamat hari laya .......
OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO selamat hari laya .....
Tue 9-Oct-2007 14:34
Posted by:korok  - [Link]
Salam Aidilfitri bro!
Fri 12-Oct-2007 08:35
Posted by:mechattax  - [Link]
LAMA TAK UPDATE.
Selamat Hari Raya pie...
Jemput datang ke rumah...
Fri 12-Oct-2007 21:01
Posted by:mazdin  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Monday, 3-Sep-2007 07:34 Email | Share | | Bookmark
PERJALANAN SUCI 17 OGOS - 27 OGOS 2007

sayap besi
awan 1
awan 2
View all 48 photos...
sebelum kita mulakan fp ini marilah kita sama2 talbiah

labbaikallahummalabbaik..... ( hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Yang tiada sekutu bagi-Mu, Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu,Sesungguhnya segala pujian,nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu. )

*banyak kenangan manis yang tidak dapat dilupakan sewaktu disana.
*member2 seperti zul,isteri dan ibu mertuanya yang mula2 kenal atas kapal terbang,abang kamal TA telekom kuantan dan isteri, Mejar Tuan Loc Hamaca komando sg udang dan isteri, ustaz abd majid,adik abd halim,adik ipar ustaz serta isteri dari klang, cikgu din rombau, engineer din dari banting,engineer shamsul,pakcik omar telekom klia, abang halim dari golden hope, kak norsiah dr bangi , kak norma dr penang dan kak nor riyadzah dari penang dari penang, keluarga yop dari perak, mutafwif ustaz andy shah putra dari medan yang belajar di mekah, abang talib dan isteri serta rakan2 yang tak disebutkan nama di sini. ( depa semua ni orang kaya.... gaji besaq )

antara perkara yang telah berlaku sewaktu Madinah dan Tanah Suci Mekah:-

*paling tebal muka disana adalah sewaktu mula2 sembahyang pakai kain ihram. asyik tertanggal je kain yang dok kat atas bahu tu,nampak sangat tak belajar betul2 kat malaysia tapi lama2 alhamdulillah.expert gilerrr.
*yang paling sedih adalah menangis sewaktu menadah doa di hadapan kaabah.pilu seperti dihiris dengan pisau hati ini.( terkenang dosa2 lama )
*sedih nak meninggalkan kubur Nabi Muhammad
*rasa malas jer balik kat malaysia sebab kat sana boleh sembahyang di Masjid Nabi dan Masjidil Haram tiap2 waktu. pahalanya pula 100 - 200 ribu kali.
*makan kat sana tak sakit kaki tak macam kat malaysia. kambing, ayam, unta, dhob,udang, nasi bukhari, nasi yaman, nasi kedah, nasi penang, semua jadi penawar ( buat yang sakit gout eeee )
*paling memalukan adalah penggera bunyi dalam Masjid Nabi di Madinah sewaktu nak sembahyang subuh. ( terkejut pak arab, lagu Ella rama-rama yang keluar dari jubah bro )
*dapat bertahalul ( botak rambut buat kali pertama dalam hidup di mekah ) 2 kali botak best gilerrr.
*abe kamal jadi teman gi sana gi sini sebab bro pergi solo.( member kamcing )
*Mejar tuan loc hamaca banyak bagi panduan untuk perjuangan hidup di jalan yang benar. Takbir..Allahuakbar ! ( dia punya ceramah..fuhhh kalah YB )
*zul nak carikan ubat gout utk pesakit2 yang serupa dengannya. ( baik benor yop nieeee )
*abang halim selalu kontrol bila bercakap. ( dia nie org lemah lembut dan bergaji besaq ooiii )
*shamsul selalu ngan wife tak pernah berenggang ( memang cool betulll )
*ustaz abd majid paling penyabar sebab bawa anaknya ( abd halim kena sorong dalam kereta sorong sebab terlalu penat d sebabkan panas yang amat sangat )
*cikgu din dari rombau asyik cari jalan nak kenakan pak arab ( lawak betul ekau nie ha ! )
*pak cik omar selalu awal ke masjid ngan wifenya ( memang tak pernah berenggangla ke masjid )
*din dari banting selalu cool...rileks jer ( umur dah 37 tapi rupa macam 27..memang nampak muda )
*abang2 dari perak maaf sebab terlupa nak ambil alamat ari tu.Nanti emailkan alamat masing2 ye.
*abang talib memang seorang suami yang penyayang ( sedih gak masa abang talib minta pinjam telefon sebab risaukan isterinya yang belum ditemuai di Masjidil Haram pada waktu subuh )
* akak2 adik beradik dari penang memang lawak sebab masa masuk jadikan zul sebagai mahram tapi bila balik bro pulak yang disuruhnya jadi mahram ...dah sangkut kat airport jeddah.
*bila dah kelam kabut bro pulak termasuk jalan utk perempuan sahaja...mengelabahla poilis wanita kat
airport tu..siap jerit2 lagi.
*bro kena panggil kat polis airport..takut jugak mula2 tu,tapi polis tu pulak siap gelak kat bro..eee lawak2.
*hilang selipar kat mekah kena kebas dek kutu.
*hilang sim kad celcom.( dah tukar sim kad arab terlupa pulak yg lama )
*pertama kali naik kapal terbang..rasa gayat dan kurang selesa.
*bila balik dah ok rasa macam dok dalam umah la pulakkkkk.
*dapat bawa balik selimut saudi arabian airline 2 helai, sudu dan garfu 2 set, life jaket 3 pasang, pramugari 4 orang,pilot dan tayar kapal terbang 2. ( acah ajerrrr )
*semoga umrah kali ini berpanjangan buat tahun2 yang akan datang.
*InsyaAllah akan ku kumpul duit mulai ari ni untuk bawa isteri dan anak2 kesana.
*kepada teman2 yang inginkan cd gambar utk dicuci bolehlah bagi nama yerr.
*gambar kat fp kurang molek utk dicuci.
*bagi nama dan alamat serta beberapa riyal sebagai sedekahhhhh ( eeeee utk wang pos jerrr )
*kepada teman2 yang mengerjakan umrah tempohari diucapkan agar hubungan ini berkekalan hendaknya.
*semoga kita boleh jadi kamcing seperti di Tanah Suci Mekah dan Madinah. InsyaAllah
*apa2 hal kita layan dengan gambar2 yang ada. LAYANNNNNNN......

Selamat Hari Raya....maaf zahir dan batin.... Sun 7-Oct-2007 14:09
Posted by:kak kham  - [Link]
kepada semua, Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga
~ Shamsul n Wife ~
Wed 10-Oct-2007 02:30
Posted by:Ana ana_kiut@yahoo.com
bila la teman nak sampai..... Tue 23-Oct-2007 11:04
Posted by:krul  - [Link]
View all 20 comments Add comment


Thursday, 30-Aug-2007 13:25 Email | Share | | Bookmark
AKAN DATANGGGG !!!!

KEAGUNGAN BUKIT UHUD
KOTA SUCI MEKAH
POKOK KHASIAT DAN BARAKAH
LAMBAIAN KAABAH....

bertuah dapat menjejakkan kaki ke sana Mon 3-Sep-2007 06:13
Posted by:elin elinatra@yahoo.com  - [Link]
alhamdulillah selamat pergi dan pulang ke tanahair...
sabar menanti pic2 seterusnya di tanah suci
Mon 3-Sep-2007 06:14
Posted by:gee  - [Link]
alhamdulillah. Wed 5-Sep-2007 09:29
Posted by:aidura sofiee  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Wednesday, 29-Aug-2007 12:39 Email | Share | | Bookmark
tunggu.........akan datang " LAMBAIAN KAABAH "

assalammualaikum teman2 di fp ini. Pertama sekali bro ingin mengucapkan syukur terhadap Allah kerana baru2 ini dapatlah bro ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah. Alhamdulillah selamat pergi dan balik, cuma kat Malaysia ni, kena demam selsema dan batuk2. Kepada yang telah hantar komen tu, bro ingin minta maaf sebab tak dapat balas maklumlah dok kat tanah arab.
Kepada rakan2 yang telah sama2 mengerjakan umrah terima kasih diucapkan kerana sudi menjadi teman yang terbaik sewaktu di tanah suci. InsyaAllah gambar akan diuploadkan pada minggu depan. diharap rakan2 dapat bersabar kerana sekarang tengah sibuk menyiapkan research untuk dihantar pada ari ahad ini. kat bawah ni ada nama rakan2 yang sama2 mengerjakan umrah pada 17-27 hb ogos 2007.

1. abg kamal & isteri ( kuantan )
2. abg majid, isteri , anak & adik ipar ( klang )
3. mejar Loc Hamaca & isteri ( gerak khas sg udang melaka )
4. maizul, isteri & emak mertua ( sg buluh )
5. abg abdul halim & isteri ( puchong selangor )
6. kak noorsiah ismail ( bndr baru bangi )
7. kak norma ( bailk pulau PP )
8. kak nor riyadzah ( prai PP )
9. Engineer shamsul & isteri ( kl )
10. cikgu baharudin & emak ( kg bongek n.s )
11. Engineer mohd rafedin & isteri ( banting )
12. abang omar & isteri ( salak tinggi )13
13. yop dari perak
14. abang talib & isteri ( kl )

yang dah terlupa namanya tu..maap ye.
apa2 hal layan...........................

>> sabar menanti...
Thu 30-Aug-2007 15:49
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Add comment


Monday, 30-Jul-2007 14:32 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT PENGANTIN BARU...MOHD AMIZAN & NURUL HUDA

cinta sejati
jelingan pengantin
ciuman kasih sayang
View all 21 photos...
ahlan wa sahlan.....asalamulaikum,
28 julai 2007 sudah 2 hari meninggalka kita.
pada tarikh tersebut jugalah koi mendapat rezeki untuk merakam hari bersejarah buat Nurul Huda & Mohd Amizan.
terima kasih koi ucapkan kepada pasangan pengantin kerana mempercayai kebolehan koi yang tak seberapa nie.Alhamdulillah !
sebenarnyer huda nie bekerja kat pejabat sebumbung tempat koi bekerja manakala mohd amizan nie bekerja di jalan duta bahagian hasil dalam negeri.
sebelum tu koi mintak maap banyok2 jika aok berdua tertunggu2 gambor nie untuk di uploadkan.
untuk aok berdua koi masukkan sedikit sebanyak gambor aok untuk ditonton oleh member2 di fp.
*koi adalah kata ganti diri bagi aku dalam bahasa pahang daerah temerloh.
*aok adalah kata ganti diri untuk awak dalam bahasa pahang daerah temerluh
*apa2 hal layannnnnnnnnn.....

Congrate! such a lovely pic…

::: ‘light & easy’ bersama orak arek :::
Wed 22-Aug-2007 05:56
Posted by:yan orakarekproductions@yahoo.com  - [Link]
happy merdeka!!!...malaysia belongs to me!!!

akuglemerakuglemerakuglemerakuglemerakuglemerakuglemerakuglemerakuglemer
akuglemerakuglemerakuglemerakuglemerakuglemerakuglemerakuglemerakuglemer
akuglemerakuglemerakuglemerakuglemerakuglemerakuglemerakuglemerakuglemer
Tue 28-Aug-2007 03:36
Posted by:move freak  - [Link]
cantiknya pengantin, terror tul tukang amik gambar nih... Tue 28-Aug-2007 07:37
Posted by:Wada  - [Link]
View all 38 comments Add comment


Thursday, 26-Jul-2007 15:53 Email | Share | | Bookmark
tasik bera....

welcome to tasik bera
bot di tepi jeti
jeti kayu tasik bera
View all 10 photos...
assalamualaikum member di fp ?
dah lama aku tak updatekan fp aku nie disebabkan kesibukan yang tak menentu.
maklumlah musim pereksa akhir semester mei. apa2 hal ari isnin nie last paper.
arrghhhhhhh....jem betuiiii.
untuk member semua aku updatekan gambar tasik bera yang hampir dengan tempat tinggal aku.
lebih kurang 32 km jerrr dari umah aku.
dulu masa aku kecik2..tasik nie memang banyak ikan dan cantik pulak tu.
tapiiii...aku kecewa bila kesana baru2 nie.pelawat memang kurang sekali apatah lagi kaki pancing yang memang langsung tak nampak bayang di tasik bera ni.
nie semua adalah disebabkan kurangnyer ikan kat dalam tasik nie.kat mana mereka pergi aku pun tak tau ! dulu setakat toman 10-20 kg, tapah 40 kg, lampam jawa..lampam kelantan, senang2 jer.
hairan.....hairan...
ari tu aku ada dengar yang penyelidik dari negara luar bawa sonar nak tau kedalaman tasik nie...
tapi yang memeranjatkan mereka ialah ada tanda2 makhluk yang sebesar bas dan lori rasanya yang menginap kat bawah tuuu...lepas tu aku tak tau dah apakah ksudahan crita makhluk tu...
eeiiii takut jugak bila crita makhluk2 yg besar2 nie yerrr.
skali ngap jerrrr.....errrr
apa2 hal layannnnnn....

kekekekekeek Tue 4-Mar-2008 04:33
Posted by:unnamed
semat tak Tue 4-Mar-2008 04:34
Posted by:unnamed
huh.... Tue 4-Mar-2008 04:37
Posted by:unnamed
View all 25 comments Add comment


Monday, 9-Jul-2007 13:49 Email | Share | | Bookmark
bunga sarajevo.............

[img]bunga-sarajevo-1.jpgbunga sarajevo 1[/img]
[img]bunga-sarajevo-2.jpgbunga sarajevo 2[/img]
[img]bunga-sarajevo-3.jpgbunga sarajevo 3[/img]
View all 6 photos...
ahlan wa sahlan....
masih ingatkah kita lagi dengan pembunuhan etnik di bosnia ?
disinilah terhasilnya crita... bunga sarajevo..
bila ternampak je bunga nie kembang kat blakang apartmen aku...terus je shoot tanpa ditunggu lagi.
bukannya apa...
bunga ni kalau ambik molek2 lawa jugak, biarpun dok kat tepi blukar....
kalau ada lens makro mesti lagi menjadi....
nie pakai lens biasa2 jerrr..jadilah begini hasilnya.
apa2 pun LAYAAAAAANNNNNNNNNNNNNN......

Cantik bunga ni Wed 25-Jul-2007 11:17
Posted by:Meorjay  - [Link]
Ok bah ni fie... cantik.. jarang kat sini ada bunga ni.. X tauler kenapa.. Wed 25-Jul-2007 12:10
Posted by:lie syahmie12@yahoo.com  - [Link]
cantik bunga nie...tak tau kenapa tapi rasanya macam ada cerita di sebalik warna bunga nie yang putih da ungu pucat...82208 Sat 18-Aug-2007 23:15
Posted by:sabrina@mamaAdam  - [Link]
View all 33 comments Add comment


Thursday, 5-Jul-2007 15:12 Email | Share | | Bookmark
api...api...api

pedang api 1
bara api
simbol api
View all 6 photos...
assalamualaikum member2 di fp !
ARI NIE AKU NAK CRITA SKIT PASAI APIIIIII.....
api..api...api...
panasnya api.....
kata orang...
jangan jadi kayu api....
jangan jadi batu api....
jangan api2kan orang...
teka teki pula kata....
masa kecil jadi kawan masa besar jadi lawan...jawabnya api...
tapi bagi aku... api adalah seni yang tiada tolok bandingnya.
kehalusan warnanya..testurnya..kelembutan pergerakannya...
tiada siapa yang peduli...
bagi mereka api jahatttttt, bahaya dan rakusssss....
tapi bila tengok gambar nie...semua tohmahan menjadi tumpul.
apa2 hal LAYANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN !!!
*kat kuantan ada orang dok kat api...iaitu TANJUNG API !!!..tak bahaya pun !!!

saya setuju dengan cerita api diatas sebab api diibaratkan sebuah lukisan warna yang hidup dan nyata. api selalu dipandang berbahaya oleh semua orang padahal api sangat berguna bagi kehidupan manusia untuk kehidupan sehari2x. api mempunya keindahan tersendiri dibandingkan cahaya2x lain kecuali matahari api selalu memancarkan sinarnya sendiri tanpa ada pantulan cahaya mana pun Wed 31-Oct-2007 02:54
Posted by:satrya evolusionsay@gmail.com
tanpa api kita jaga tak bisa makan plus minum... Fri 27-Mar-2009 12:08
Posted by:can_die raja_animasi@yahoo.co.id
api tidak hanya bisa jadi kawan, tapi juga lawan. Fri 27-Mar-2009 12:10
Posted by:can_die raja_animasi@yahoo.co.id
View all 29 comments Add comment


Wednesday, 27-Jun-2007 12:40 Email | Share | | Bookmark
menghitung hari...

3 flora
rumput & semalu
parit yg tenang....
View all 6 photos...
assalamualaikum semua....

lagi 2 hari aku kena mengadap lecture sebab nak tunjukkan kertas cadangan utk research yg aku tengah pening2kan selama ini.
masalahnya tajuk pun aku belum ada....nasib baik dateline d tunda 30 ogos nie.fuhhhh lega!
sabtu nie,buat pekak jela telinga...

ari nie aku ke parit lagi....snap gmbar yg patut utk di tempelkan kat fp nie.
apa2 hal....LAYANNNNNNNNNNNNNNNNNNNN......

cun bro Wed 4-Jul-2007 16:03
Posted by:rozli had addeen3411@yahoo.com
Kenderaan Nasional kegemaran pembeli
Waja, Gen-2 dan juga Savvy
Entryku hari ini istimewa sekali
Umpama menonton drama di tv
Thu 5-Jul-2007 02:34
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
suka gbq pokok semalu tu.. sbb ada kaler ungu2 sket
unik!
Mon 9-Jul-2007 01:26
Posted by:hadiena  - [Link]
View all 30 comments Add comment


Tuesday, 26-Jun-2007 14:23 Email | Share | | Bookmark
sungai terpanjang di semenanjung malaysia

laluan pejalan kaki tepi sg pahang
dari atas tebing sg pahang
jambatan termoden yg pertama d malaysia
assalamualaikum semua member di fp.

kat sini ada skit gmbar yang diambil sewaktu aku ke temerloh, pahang
untuk menyiapkan pasport antarabangsa.
lepas je pasport aku siap, aku ke tebing sg pahang yg dah lama aku tak singgah.
sg pahang nie banyak bg aku makna sebabnya aku dilahirkan diatas umah rakit kat tebing sg pahang ni la.
dalam gmbar dah takda umah tu sebab skarang kerajaan tak bagi dok kat umah rakit.
yang tinggal hanyalah kenangan yang tak mungkin aku lupakan.

ada satu lagi kelebihan kat tebing nie....iaitu ada kedai menjual ikan patin masak tempoyak.
kalau kau org semua sampai disini...carilah kedai pak usop ikan patin.
garenti meleleh air liur korang. skali cuba , mengigau 2 - 6 hari.
insyaAllah di lain kluaran, aku akan masukkan gmbor ikan patin utk tatapan korang semua.

ari tu dan lah jugak aku g makan ikan patin masak tempoyak kat kedai pak usop nie.
danla bersembang dgn promoter sinar harapan (paper org pahang).siap suruh aku antor brita lg....
apa2 hal.....layannnnnnn!!!

kedai pak usop tu beloh mane weh? kawe nak balik kuantan jumaat ni, kang kut singgah temerloh masa balik hari ahad nok gok bantai patin. sekali makan bape? Wed 27-Jun-2007 01:33
Posted by:Red  - [Link]
Wow ! Gambar berserta info yg menarik sekali
I've updated
Wed 27-Jun-2007 05:51
Posted by:Me♥rjay meorjay65@yahoo.com  - [Link]
assasas
a
a
sasas a \
Thu 2-Jul-2009 07:03
Posted by:unnamed
View all 7 comments Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.